Assignment,  News,  Photojournalism

PASS To | Another Busy Day

© 2009 Wazari Wazir
© 2009 Wazari Wazir

Kepada rakan-rakan seperjuanagn dalam bidang fotografi ni, nak mintak maaf la banyak-banyak andaikata, saudara ataupun saudari antara pengunjung setia ke sini, mintak maaf pasal tak dapat nak update sangat dengan cerita dari Langkawi, memang teramatlah sibuk, tak sempat nak berehat. Mana taknya, hari Ahad saya sampai di rumah dah lewat petang, esoknya pulak, saya dah mula sibuk dengan assignment Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Negara-Negara Komanwel di KLCC, full satu minggu dari pagi sampailah malam. Rasa macam nak patah pinggang pun ada memikul beg kamera ke hulu dan ke hilir.

Apa nak buat dah kerja, cuma nak bagitau saja, bukannya saya malas ke apa nak update, memang banyak perkara yang hendak dikongsi bersama namun apakan daya, masa amat terhad untuk saya. Saya menaip ni pun dah lewat tengah malam, HaiQal pun dah tidur. Ibunya pergi berkursus hampir seminggu di luar kawasan, so sementara dia pi berkursus ni, saya agak sibuk melayan HaiQal, hanya disebelah petang dan malam sahaja, setelah pulang dari bekerja, siang hari waktu bekerja, HaiQal di jaga oleh neneknya, ibu saya, rumah kali tak jauh dekat jer, so taklah jadi masalah sangat, cuma keletihan tu tetap terasa juga, bukan mengeluh ke apa, cuma berkongsi cerita, ada kalanya assignment saya meghiburkan dan ada kalanya agak membosankan, begitulah putaran kehidupan seorang jurufoto.

I'm a Photographer and Travel Blogger...

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.