I'm a Photographer and Travel Blogger...

8 Comments

  • mshafie

    Assalamualaikum…

    Lama dah tak singgah kat sini..dah berjalan jauh nampaknya..urusan kerja ye tak..

    Untunglah abang dapat jalan jauh. Walaupun badan penat sekurang-kurangnya dapat luaskan pandangan dan tahu apa yang terdapat di negara orang..

    Terima kasih sebab berkongsi cerita..ada juga pengetahuan tentang negara-negara yang abang dah pergi.

    Bad English?..I think that you’re better than me..I would rahter stay shut than starting the conversation with the ‘mat salleh’…heheheheheeh

    Entry psal polis London tu best…diorang professional..kat tempat kita ni bang..Pak Guard yang berbangsa melayu kita ni yang suka herdik bertempik yang bukan-bukan cuma sekadar nak bgtahu tidak boleh nak amik gambar…

  • wazariwazir

    Waalaikumsalam,

    Terima kasih sahabat, diatas kesempatan untuk singgah di sini, saya sebenarnya rasa serba salah, dah agak lama tak mengunjungi website dan juga blog rakan-rakan yang lain, kalau ada pun, say tidak meninggalkan sebarang komen dan kehadiran saya tiada meninggalkan kesan, terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.

    Sejak balik dari trip ke luar negara tu memang saya agak sibuk, pelbagai tugasan terpaksa di lakukan, tugas saya tidak habis diluar negara sahaja. Antara tigasan yang perlu saya selesaikan ialah menyiapkan album untuk dipersembahkan pada Tuanku, memang apabila SPB Agong ke luar negara pihak kami bertanggungjawab untuk membuat liputan foto dan bila sekembalinya ke tanah air perlu menyiapkan album untuk Tuanku.

    Trip ke luar negara mengikut giliran, Alhamdulillah kali ni, giliran saya, entah bila lagi akan sampai giliran saya, tunggu sajalah, ada lebih dari dua puluh jurufoto di department saya, so bayangkanlah.

    Tentang Bahasa Inggeris tu, memang saya akui, penguasan saya amat teruk terutama dari segi grammar, past, present tense dan sebagainya, tapi saya ingin belajar, lagipun ini hanya blog biasa untuk bercerita bukan blog akademik yang ditulis oleh seorang profesor ataupun doktor, hanya tulisan luahan perasaan anak jalanan.

    Memang dwi bahasa blog saya ni sebab ada juga rakan-rakan dari luar yang berkunjung ke sini, jadi mereka mungkin tidak memahami bahasa Malaysia, jadi saya buat dua-dua.

    Terima kasih sekali lagi sahabat, kerana sud meluangkan masa dan sudi menulis komen yang panjang di sini, saya amat menghargainya…

  • punk5hitam

    salam sifoo…mintak restu dari tok guru…anak murid nak keluar jauh sikit esok nak cari gambar…pass la sikit aura tu kat sini…takut ada…xcited pun ada gak ni…doa-doakanlah ya…(maklumlah first time nak kuar jauh dari tempat sendiri)

  • wazariwazir

    Terima kasih syuk, biasa-biasa saja editingnya, sometimes editing can enhance a story, a picture will have certain mood when we look at it. This is not photojournalism but maybe a mix of Photomanipulism…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.