» Wazari Wazir Photographer Blog, Malaysian Photographer

 bio picture
  • Welcome to My Blog!

    Hi, I'm Wazari Wazir, Malaysian Photojournalist working for the Government of Malaysia. Will be sharing a wide variety of pictures here from my official assignment and personal pictures. I do conduct Photography and Photoshop Workshops if there is any invitations.

    I've Conduct a Photoshop Workshops in IIUM International Islamic University Malaysia (Gombak) and also at Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), in Selangor and other Photography Workshops all over the country including Sabah Malaysia North Borneo.

    My Blog is The Winner for Best Photography Blog 2014 during MSMW Malaysia Social Media Week Blogger Awards 2014.

    Thank you for visiting My Blog and if you have any questions, feel free to contact me through my email...

    wazariwazir@yahoo.com | Tel No : + 6012 2812753

Merancang Itinerary Atau Rencana Perjalanan Untuk Trip Trans-Siberian Railway

© 2015 Wazari Wazir | Red Arrow or Krasnaya Strela | Leaving Saint Petersburg to Moscow

Sekembalinya saya dari melakukan trip Trans-Siberia, agak banyak juga pertanyaan yang saya terima baik melaui email, dan juga pertanyaan secara santai di Fcebook serta juga yang private message menanyakan pada saya tentang itinerary saya ke Russia. Sebenarnya agak susah untuk menjawab pertanyaan tersebut kerana setiap orang melakukan perjalanan atas tujuan yang berbeza-beza berdasarkan minat ataupun kecenderungan masing-masing. Di sini saya cuma ingin kongsikan secara umum sahaja.

MINAT : Faktor pertama yang perlu kita tanya pada diri sendiri dalam merancang perjalanan ialah, kita perlau tahu minat kita, apakah kita lebih cenderung untuk menikmati keindahan alam semulajadi, meminati sejarah lampau sesebuah negara, iaitu trip ke Muzium sudah tentu akan menjadi salah satu agenda penting dalam itinerary anda. Apakah anda meminati budaya dan adat resam sesetangah penduduk, sudah tentu trip ke kawasan pedalaman yang masih utuh dengan adat budaya menjadi pilihan kita.

Apakah kita meminati senibina lama dan baru sesebuah kawasan atau bandar dalam negara tersebut, sudah tentu kita akan melakukan serba sedikit research untuk mengetahui lokasi-lokasi bangunan tersebut serta cara untuk kita ke sana. Kalau kita lebih meminati shopping atau membeli belah, sudah tentu kita akan masukkan beberapa lokasi pilihan terbaik untuk membeli belah, shopping complex yang terhebat ataupun pasar-pasar kraftangan yang menjual hasil-hasil kraftangan tempatan bakal jadi pilihan kita.

Photography, memandangkan sebahagian besar pengunjung blog saya ini meminati photography maka sudah tentu anda ingin mengunjungi beberapa lokasi menarik untuk rakaman photography anda. Photography ini pun banyak bidang juga, minat lain-lain, anda kena ketahui minat photography anda ke arah mana, Landscape, Architecture, Reportage atau Photojournalism, semua ini kena ambil kira.

KEWANGAN : Faktor kewangan merupakan antara faktor terpenting dalam merencana perjalanan kita, lagi lama kita tinggal di satu-satu kawasan maka lagi banyak wang yang perlu dibelanjakan terutamanya untuk penginapan di hotel, hostel, pengangkutan dan makan minum. Sekiranya lokasi pilihan kita itu agak jauh dari pusat bandar, kita kena ambil kira kos perjalanan serta kos penginapan di sesebuah tempat sekiranya kita memilih untuk bermalam di sana.

Semasa trip Trans-Siberia Railway, jenis Kelas keretapiyang saya gunakan berbeza-beza, sekadar ingin mencuba, semasa di Saint Petersburg untuk ke Moscow, saya telah memilih untuk menaiki train klasik Red Arrow atau nama Russianya Krasnaya Strelar, Train ini adalah train terakhir yang akan meninggalkan Saint Petersburg untuk ke Moscow yang memakan masa lebih kurang lapan jam perjalanan. Train ini bergerak pada jam 11:55 PM malam dan tiba di Moscow pada jam 7:55 AM awal pagi.

Tentang sejarah Red Arrow tu rasanya tak perlulah saya tuliskan di sini, sahabat handai sekalian boleh Google untuk maklumat lanjut, cuma apa yang saya ingin sampaikan ialah, selain minat saya untuk mencuba keretapi klasik Krasnaya Strelar ini, saya juga ingin menyesuaikan dengan jadual perjalanan saya kerana saya ingin sampai di Moscow pada awal pagi.

Kita ada banyak pilihan untuk bergerak dengan keretapi dari Saint Petersburg ke Moscow, cukup banyak pilihan train, kalau kita nak cepat tetapi dengan kos yang agak tinggi berbanding train biasa, kita boleh memilih untuk meniki keretapi SAPSAN, keretapi ini hanya mengambil masa lebih kurang empat jam sahaja untuk sampai ke Moscow dari Saint Petersburg. Tambangnya lebih mahal berbanding Red Arrow.

Ada juga train yang lebih murah berbanding Red Arrow yang memakan masa perjalanan hampir 12 jam untuk ke Moscow dari Saint Petersburg, semua ini atas pilihan serta minat kita dan juga faktor kewangan kita, saya pilih Krasnaya Strela (Red Arrow) kerana saya ingin tiba awal pagi di Moscow dan bila sampai sahaja saya ingin terus ke Red Square untuk mengambil gambar di sana sebelum Check In di Hostel, kebiasaanya cahaya awal pagi lebih baik untuk tujuan photography berbanding tengahari tetapi semasa musim sejuk atau winter, matahari naik sekitar jam 9 AM / 10 AM, jadi pada pukul 7:55 AM semasa saya tiba di Moscow, keadaan masih agak gelap seperti pukul 6:30 AM pagi di Malaysia.

Berbalik kepada faktor kewangan, kita boleh pilih train mana yang kita hendak naik berdasarkan faktor kewangan kita. Tetapi selain faktor kewangan kita juga perlu kira faktor masa untuk menyesuaikan itinerary kita pada perjalanan seterusnya.

MASA : Sebenarnya faktor Minat, Kewangan Dan Masa adalah faktor yang paling penting dalam merancang perjalanan kita, untuk perjalanan ke Russia sebuah negara yang paling besar di dunia, faktor masa perlu diambil kira dengan teliti, amat mustahil untuk kita melawat banyak daerah, negeri atau bandar-bandar di Russia dalam jangka masa yang singkat seperti trip kita ke Singapura atau ke Hong Kong. Berbalik kepada kecenderungan minat kita serta faktor kewangan kita.

Secara umum untuk perjalanan menaiki keretapi dari Moscow ke Beijing China dengan menaiki keretapi tanpa henti, maksud saya tanpa keluar bermalam di mana-mana bandar, ianya akan mengambil masa selama enam hari perjalanan, sekiranya kita ingin ke Irkutsk Siberia dari Moscow, ianya akan mengambil masa selama lima hari perjalanan dengan keretapi, semua faktor masa ini kita kena ambil kira dengan teliti dan kita perlu menyemak jadual perjalanan dengan hati-hati kerana ada laluan antara bandar-bandar tertentu yang perkhidmatan keretapi hanya beroperasi untuk hari-hari tertentu sahaja dan bukannya setiap hari.

Secara Kasar Trip Trans-Siberian Railway saya adalah seperti berikut :

  • Saint Petersburg – 2 malam
  • Moscow – 2 malam
  • Kazan – 2 malam
  • Irkutsk – 4 malam
  • Beijing – 2 malam

SAINT PETERSBURG : Semasa di Saint Petersburg saya sempat melawat Masjid Besar Saint Petersburg (Alhamdulillah sempat solat Jumaat di masjid ini) dengan senibina menyerupai masjid di Uzbekistan dan juga sempat melawat Muzium terkenal di Saint Petersburg iaitu Muzium Hermitage. Selain daripada masjid dan juga muzium, saya juga melawat bangunan-bangunan bersejarah di sekitar Saint Petersburg dan juga berjalan-jalan sekitar bandar. Kalau nak ikutkan dua malam memang tak cukup tapi masa saya agak terhad.

Bagi saya dari segi sebuah bandar, Saint Petersburg sangat cantik berbanding Moscow, cukup banyak Muzium dan bangunan-bangunan bersejarah di sini untuk saya senaraikan, cuma kalau kita berpeluang ke Moscow, adalah lebih baik untuk melanjutkan perjalanan ke Saint Petersburg ataupun terus mulakan perjalanan anda di Saint Pete sebagaimana yang saya lakukan. Ada juga yang memulakan perjalan dari Helsinki Finland, tak kurang juga yang memulakan perjalanan dari London terus ke Moscow dengan menaiki keretapi (bertukar-tukar keretapi ikut negara yang di lalui), semua itu bergantung pada masa dan kewangan kita.

Mulanya saya memang plan untuk memulakan perjalanan dari London ke Saint Petersburg dengan menaiki keretapi tetapi kerana kekangan masa serta faktor kewangan, saya memilih untuk memulakan trip Trans-Siberian-Railway saya di Saint Petersburg.

© 2015 Wazari Wazir | Moscow Central Mosque | Currently Under Construction

© 2015 Google Map | Map For Moscow Central Mosque Next To Olympic Stadium

MOSCOW : Untuk trip Trans-Siberia saya, mengunjungi masjid-masjid yang terdepat di sekitar laluan keretapi tersebut merupakan salah satu agenda saya, jadi sebelum saya memulakan perjalanan, saya dah research lokasi-lokasi masjid tersebut dan juga cara untuk ke sana dengan menggunakan pengangkutan awam, Alhamdulillah hampir kesemua masjid yang saya rancang untuk pergi berjaya saya kunjungi kecuali Masjid Niujie di Beijing, bukan pasal tak jumpa tetapi saya ingin segera pulang ke Malaysia, rindu sangat dah pada keluarga.

Di Moscow memang ada banyak masjid tetapi yang menjadi tarikan sudah tentu masjid yang besar serta unik, masjid dalam gambar tersebut yang sedang dalam pembinaan bakal menjadi masjid paling besar di Russia, kalau saya tak silap. Semasa saya sampai masjid ini sedang dalam pembinaan, disebelahnya ada sebuah masjid lama, sebahagiannya telah dirobohkan untuk membina masjid yang baru. Di bahagian belakang masjid lama tersebut ada sebuah Restoran Islam yang boleh tahan sedap jugak masakannya.

Orang ramai boleh bersembahyang di tepi masjid tersebut yang mana telah di bina sebuah khemah yang agak besar yang kalau ikut mata saya mampu memuatkan seribu jemaah atau lebih pada satu-satu masa. Untuk ke Masjid ini kita boleh menaiki Metro dan turun di Stesen Metro Prospek Mira, keluar dari stesen bila kita nampak stadium Olimpik tu, dah tak susah untuk meneruskan langkah ke masjid tersebut. Dalam peta nampak macam jauh jarak dari Metro tetapi tak jauh mana.

© 2015 Wazari Wazir | Memorial Mosque | Poklonnaya Hill | Moscow

© 2015 Google Map | Memorial Mosque Map

Selain daripada masjid di tengah bandaraya Moscow, saya juga mengunjungi Masjid Memorial ini. Kalau kita perasan semasa azan Asar atau Maghrib, masjid ini merupakan salah satu masjid yang dipaparkan dan ianya terletak di Moscow, saya tak pasti Azan di stesen RTM atau di Media Prima (TV3).

Lokasinya agak jauh sedikit dari stesen Metro terdekat iaitu Metro Park Pobedy. Dari Park Pobedy tu kita boleh terus menuju ke Museum of The Great Patriotic War, sebelum meneruskan perjalanan ke Masjid ini yang terletak tidak jauh di belakang muzium perang tersebut, banyak peralatan perang yang dipamerkan di museum tersebut termasuk kereta-kereta kebal yang lama, cuma masa saya sampi ke muzium tersebut ianya ditutup, saya pun tak ingt pasal apa tetapi dari luar pagar Muzium kelihatan juga perisai-perisai perang yang dipamerkan di muzium tersebut dan muzium perang tersebut juga merupakan salah satu tempat menarik di Moscow untuk dikunjungi

Kalau cakap tentang Moscow, biasanya orang lebih tertumpu pada Red Square Kremlin ataupun Gereja Saint Basil yang menjadi Icon bukan sahaja Moscow tetapi juga Russia secara keseluruhannya, sebenarnya di Moscow cukup banyak tempat-tempat menarik selain Red Square dan Kremlin, cuma orang kita jarang ke Moscow berbanding London, Amsterdam dan Paris, so bila cakap tentang Moscow, hanya gereja Saint Basil yang menerjah ke ruang fikiran.

Kalau Red Square sahaja yang menjadi minat kita, bagi saya, satu malam di Moscpw pun sudah cukup. Train sampai awal pagi, tengah malam atau awal pagi keesokan harinya dah boleh bertolak ke destinasi seterusnya. Nak maklumkan di sini jarak perjalanan berjalan kaki dari Metro Park Pobedy ke Masjid memorial tersebut makan masa lebih kurang 30 minit berjalan kaki secara santai, agak jauh juga sebenarnya.

KAZAN : Semasa di Kazan saya mengunjungi Masjid Ikon Kazan iaitu Qul Sharif Mosque ataupun Masjid Kul Sharif, Kawasan ini dihuni oleh bangsa Tartastan, ramai orang Islam di Kazan dan memang tak susah nak cari Masjid cuma masjid yang paling cantik serta unik di Kazan ialah Qul Sharif Mosque, banda Kazan ni tidaklah besar sangat, satu malam pun sudah mencukupi sebenarnya.

Tetapi sekiranya kita ingin merakam gambar masjid di waktu awal pagi dan di waktu lewat senja, mungkin kita perlu tambah jumlah hari dan sekiranya kita berniat melakukan solat Jumaat di sini, kita kena rancang perjalanan kita dari Moscow, jangka masa perjalanan berkeretapi dari Moscow ke Kazan hampir 12 jam, tak perlu risau tentang keretapi kerana terdapat banyak pilihan dan keretapi berlepas dari Moscow ke Kazan setiap hari.

IRKUTSK : Irkutsk pula merupakan pintu masuk ke Tasik Baikal, tasik yang paling popular di Russia cuma saya tak berkesempatan untuk bermalam di sekitar Lake baikal atas sebab-sebab yang nanti saya akan tuliskan di lain post. Cuma sesiapa sahaja yang ingin melakukan perjalanan Trans-Siberia kebiasaanya akan bermalam di Irkutsk untuk beberapa hari, pengembara yang menghabiskan masa di Irkutsk akan bermalam di Olkhon Island yang terletak di Tasik Baikal untuk beberapa malam.

Kita boleh menaiki feri untuk ke Pulau Olkhon, sekiranya kita tidak mahu bermalam di Olkhon kita boleh memilih untuk bermalam di tepi tasik Baikal iaitu di Listvyanka, sebuah perkampungan kecil di tepi Tasik Baikal. Saya pula hanya menghabiskan masa di sekitar bandar Irkutsk, mengunjungi pasar-pasanya serta juga sempat singgah di Masjid yang terdapat di Irkutsk.

Untuk makluman, perjalanan berkeretapi dari Kazan ke Irkutsk mengambil masa hampir tiga hari ataupun 67 jam perjalanan berkeretapi dari Kazan ke Irkutsk. Jadi semasa merancang perjalanan anda, kita kena ambil kira tempoh perjalanan dari satu bandar ke satu bandar serta juga berapa hari kita bermalam di satu-satu bandar, semua ini penting agar kita tidak terlepas keretapi. Untuk makluman juga ada terdepat perbezaan selama lima jam antara Moscow dan Irkutsk. Gambar-gambar di Irkutsk nanti saya share kemudian.

MONGOLIA : Di Mongolia banyak juga tempat-tempat menarik cuma saya tidak singgah bermalam di Mongolia tetapi meneruskan perjalanan dari Irkutsk melalui Mongolia terus ke Beijing (Nak balik cepat punya hal). Kalau anda ada masa elok habiskan 2,3 malam di Mongolia dengan bermalam di dalam khemah Yurt, khemah yang bulat tu yang terletak di Terelj Natioanal Park. Selain faktor masa, faktor kewangan juga tak mengizinkan untuk saya bermalam di dalam Yurt. Agak banyak kos yang perlu saya keluarkan, memandangkan saya travel solo, kalau pergi  berdua atau bertiga mungkin boleh share dan jimat dari segi kos pengangkutan dan penginapan di Mongolia.

BEIJING : Semasa train sampai di Beijing, kalau boleh saya nak terus ke airport dan terbang ke Malaysia, lebih dua puluh hari meninggalkan keluarga buat saya rasa rindu sangat pada mereka, mana taknya, bersendirian nun jauh di rantau orang buat perasaan rindu tu sangat tebal terutama bila mengingatkan anak-anak yang masih kecil, ada waktu-waktunya terasa mahu mengalir air mata bila terkenangkan mereka, dan juga risaukan akan keselamatan diri sendiri.

Di Beijing saya hanya sempat melawat Tiananmen Square dan Forbidden City sahaja, itupun pasal lokasinya hanya bersebelahan, memang saya ada merancang untuk ke Great Wall dengan menaiki keretapi tetapi saya batalkan hasrat saya walaupun persediaan telah dibuat, maksud saya, bagaimana caranya untuk ke sana dengan menaiki keretapi, station mana nak pergi, Train No berapa nak ambil serta kosnya juga, semua persedian telah saya buat tetapi saya  tidak rasa terkilan kerana InsyaAllah, ada masa datang lagi ke Beijing, main trip saya ialah Trans-Siberian Railway.

Rasa macam bermimpi sewaktu tiba di Stesen Keretapi Beijing, manakan tidak, Overland Journey dari Saint Petersburg ke Beijing memakan jarak perjalanan lebih 8000 KM, cukup jauh dan pemandangan sekitar perjalanan memang tak mampu untuk saya gambarkan dengan kata-kata, anda perlu merasai sendiri.

Secara ringkasnya untuk trip ini anda perlu ada masa sekurang-kurangnya 2 minggu, 3 minggu lebih baik kalau banyak tempat yang anda ingin singgah dan bermalam.

Trans-Siberia/Trans-Mongolia | Saint Petersburg – Beijing :

  • 1. Saint Petersburg – Moscow | (4 jam Sapsan USD 74) 8 Jam Normal Train RM110 (Yg Paling Murah)
  • 2. Moscow – Kazan | 12 jam RM93.55
  • 3. Kazan – Irkutsk | 67 jam RM262.49
  • 4. Irkutsk – Beijing | 51 Jam 47 Minit | Train No K004 (Tahun 2014 – RM 995)
  • 6. TOTAL Approximate : RM 1461.04

*Kos diatas semasa nilai Ringgit agak tinggi berbandng USD, sekarang ni mungkin jumlah tersebut boleh mencecah RM1700 atau RM1800 untuk kos tiket keretapi sahaja. Tentang kos penerbangan dari Malaysia ke Saint Petersburg dan dari Beijing ke Kuala Lumpur anda boleh calculate sendiri, sama ada anda ingin memulakan perjalanan anda dari Beijing dan menamatkannya di Saint Petersburg, itu terpulang pada individu.

Tentang penginapan pula, ada masanya saya menginap di Hostel dan ada masanya saya menginap di Hotel, di mana kawasan yang harga hotelnya tidak jauh beza dengan hostel maka saya tinggal di Hotel. Semasa di Kazan, Irkutsk dan Beijing saya menginap di Hotel Budget. Tentang maknan pula you all boleh calculate sendiri tetapi kosnya secara keseluruhan agak murah berbanding di Amsterdam dan London, saya cuma makan untuk menambah tenaga sahaja bukannya memenuhi kehendak selera, kadang-kadang saya makan pisang, buah-buahan dan kalau saya jumpa restoran Muslim atau Restoran Islam barulah saya makan berat sedikit, seperti makan nasi ataupun kebab.

To be realistic, untuk kos keseluruhan Trips Trans-Siberia dalam jangkamasa selama tiga minggu kita perlu peruntukkan sebanyak RM7K, ini termasuk contingency plan,  in case ada apa-apa perubahan ke, jadi kita ada sumber kewangan yang mencukupi. Saya tak bawa RM7K dalam poket saya tetapi selebihnya ada tersimpan dalam akaun bank saya, kalau sesak-sesak saya akan cari mesin ATM dan keluarkan sejumah wang yang perlu.

RM7K tu nampak macam jumlah yang banyak yang perlu dibawa, tetapi itu jumlah kasar keseluruhan (Tambang Keretapi, Kapal Terbang, Hotel/Hostel) , wang tunai dalam USD yang saya bawa tidak banyak kerana tambang tiket keretapi, tiket kapal terbang dan sebahagian kos penginapan di hotel atau hostel saya dah bayar siap-siap secara online.

Jadi jumlah wang tunai yang saya bawa hanyalah untuk belanja makan-minum serta kos pengangkutan, selain keretapi, iaitu untuk teksi, bas, tram, subway Metro, bayaran untuk masuk ke Muzium dan sedikit untuk souvenir. Jumlah wang tunai di tangan memang tak banyak yang saya bawa.

 *InsyaAllah ada masa nanti saya sambung lagi, saya mohon maaf kalau terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa, ada masa saya ejas balik, kalau nak tunggu sempurna tatabahasa dan ejaan, rasanya lima kali trip Trans-Siberian Railway  pun tak siap tulis apa lagi. Have Fun, Life is a Journey…

Pos Berkaitan Trans-Siberian Railway : Cara-Cara Membeli Tiket Keretapi di Russia Secara Online

The Photographer | The Coronation of Sultan of Johor | Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

© 2015 Wazari Wazir | A Group Photograph of Department of Information Malaysia Photographers With Director of The Royal Abu Bakar Museum in Johor Bahru

A little bit busy these past few weeks, hence no new update, I was in Johor Bahru for the Coronation of Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. It is a historical event because the last time people in Johor Bahru witnesses this event is in 1960 during the Coronation of the late Sultan Ismail Sultan Abu Bakar which is 55 years ago. A lot of preparation was taking place here, almost a week of rehearsal to make this historical ceremony a success.

I’m still trying to take a deep breath after a hectic schedule here in Johor Bahru. Bear with me, I will trying hard to find times to share with you guys behind the scene story of how we cover this events.  For now I just wanted to share with you a group photograph of me and my friends who are covering the events together with  Datuk Paiman Keromo,  the Director of The Royal Abu Bakar Museum, taken just an hour after the ceremony took place.

State Visit Of U Thein Sein President of The Republic Of The Union Of Myanmar To Malaysia

© 2015 Wazari Wazir | Myanmar President U Thein Sein Inspects An Honour Guard Mounted By 103 Officers And Men From The First Battalion Royal Malay Regiment During a State Welcoming Ceremony at Parliament Square in Kuala Lumpur on March 12, 2015.

© 2015 Wzari Wazir | Myanmar President U Thein Sein (Left) Leaving The Podium During a State Welcoming Ceremony at Parliament Square in Kuala Lumpur on March 12, 2015.

I’ve never been to Myanmar, hopefully after this, I’ll travel there, anyway, this is just another day at the office, covering the state visit of His Excellency U Thein Sein President of the Republic of the Union of Myanmar to Malaysia on 12 March 2015 at the Parliament. This time I choose a little bit of different angle during an honour guard inspections. Normally I will choose a front short, just to have a little bit of variety, I choose a side angle this time. Actually I wanted to highlight more of the Royal Malay Regiment officers this time around.

Photojournalism | The Politicians at The Parliament

© 2015 Wazari Wazir | The Politicians at The Parliament

While browsing through The Bigger Picture book by Diana Walker , a White House Photographer for TIME magazine, I really feel inspired and at the same time felt jealous about the photograph that she took, her subject look so relax and so casual. It really shows their subject character as a normal human being despite holding a very important position in the states.

Walker’s aim is to tell you something about the people, shedding light on aspects of their character you might not have noticed, or reinforcing opinions you already had.

Actually I do have a quite number of a candid photographs of our politicians, it is just that I don’t have the time to share it with you all and I’ve a problem with internet bandwidth also, this is personal blog and I’ve to allocate some bandwidth for my personal photography also. Hopefully someday, God Willing, InsyaAlllah, I will be able to compile some of the photographs that I took and make it into a book. At the moment I’m so busy making books for my family. As they say, Family Comes First…

* The photographs above were taken during The Official Opening Ceremony of Third Session of 13th Parliament by The Yang di-Pertuan Agong, on March 9, 2015.

A Printed Memory | Photo Book By Artifact Uprising

© 2015 Wazari Wazir | My New Family Photo Book Made With Artifact Uprising | Hard Cover

© 2015 Wazari Wazir | Original Package of My Artifact Uprising Photo Book Arrived In This Box

© 2015 Wazari Wazir | Photo Book Made With Artifact Uprising | My Family Trip To Singapore

“A photograph never grows old. You and I change, people change all through the months and years but a photograph always remains the same. How nice to look at a photograph of mother or father taken many years ago. You see them as you remember them. But as people live on, they change completely. That is why I think a photograph can be kind.”

- Albert Einstein -

This is my fourth photo book for my family (more than 100 pages) but this is the fist time that I’m using Artifact Uprising , previously all my photo books were made with BLURB . Overall I’m quite happy with Artifact Uprising but in term of book making procedure, I like Blurb better because they have stand alone program where you can download it and you can do it offline whereby you need to be online in order to make a photo book with Artifact Uprising and then in term of layout, Blurb offer more but that wasn’t my concern because I just wanted simple layout, just one or two photo per page, I don’t like having so many pictures in one page.

Some people have asked me about the quality, actually you really need to try it out yourself, make some small photo different company and only that you can tell, it is almost impossible to judge the quality of the prints just merely comparing them side by side from different company just by looking at your computer screen. You can hardly tell.

You need to print it out, feel the paper, feel the texture on the paper, feel the thickness of it and so on and so forth. Just keep in mind that the type of paper that they used to print this photo book will not be the same as photographic paper, it is just the same or much better that what you can get from a coffee table book on the bookshop. Another things is, most photographic paper prints are single-sided, while press prints are double-sided.

In term of sharpness and contrast, nothing will beat photographic paper. If you wanted to get an idea on how it will turn out, just head to your nearest bookshop, pick a hard cover copy of National Geographic book or any photography book and look inside, that’s how it will look like but most company which provide photo book options will use better paper, thicker, or premium paper than what coffee table book use in a bookshop.

 I know that, a lot of people wanted to make a photo book or coffee table book for their photos, whether it is a collection of their street photography, landscape, portrait or family trips, the problem is, most people procrastinate, as the years goes by and their collection of photographs become thousand or hundreds of thousands and they keep it on a separate hard disk and sometimes they were hardly open.

Anyway, there is no point for me writing long article about why you must print out your photographs especially your personal or family photographs because I believe there were hundreds of article about it online. If you want to do it, just do it, stop everything and concentrate, just make it happen. If you need a jump start to make things happen, I would suggest you to get this book titled Making Ideas Happen :  Overcoming the Obstacles Between Vision and Reality by Scott Belsky.

If you need to find out about the cost, price per page, shipping cost, book size, most photo book online provider will have details about it. There are plenty of online photo book provider to choose from, for Malaysian most people will prefer Photobook Malaysia . Actually it doesn’t really matter which company you choose, just make something with your photographs. Holding a printed memory in your hand will never be the same as looking at a computer screen. Anyway the choice is yours, it’s your photographs, it’s your memory.

Related Post : Coffee Table Book With Blurb